Malam,
Lemas aku dalam keresahan
Demikian;
Detik aku menghitung
gelita dan penantian
Rindu...
Menggamit rasaku pada rembulan
kerana;
Aku juga seekor pungguk;
Enggan aku dikecawakan
dalam hikayatku
watak perindu yang dipersetan
Tunggul reput ini,
kujadikan sandaran persada anjakanku
jungur layu, kulayahkan
hati gemalai, kubatukan
gundah-gunlana, lantas kugerhanakan
Namum
tidak lama kemudiannya
nafasku disentap
layar terbangku diangkasa
rupanya tak semudah kata dan cita-cita
Aku lemas; lelah keletihan
lalu, kaburlah banar rembulan
Tegar,
tapi siapalah aku dengan dengan hanya mimpi sewaja berlian
lalu datanglah sukma membujuk hati
"Kembalilah ke bumi
apa gunanya mendamba pada yang tak pasti
kembalilah seperti azali
kembalikah ke dalam diri
jangan hidupmu bagai kerakap di atas batu
kelak kecewa, tangismu berlagu sendu"
Aku mendongak ke angkasa
mengharap bulan jatuh ke riba
benar,
kata sukma telah kuturutkan
dan rembulan...
kini hanya tatapan
copy right reserved.
KeSiRa - 2004
Jumaat, 24 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan